Sunday, November 4, 2012

Nikmat Apabila Saya Berhijab

1hb April 2010
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya teringin sekali untuk menyarungkan tudung, tanpa ada rasa dipaksa oleh Mama. Keinginan itu melonjak-lonjak..hati berbunga-bunga...gembira nak bertudung.tapi kenapa yer?

Terimbas kembali kenangan dizaman remaja, saya ni agak nakal. Agak rebellious. Sepatah mama cakap, sepuluh saya bidas. Walaupun hakikatnya, saya bukanlah tak sayangkan Mama, tapi saya ni degil. Saya sayang sangat dengan Mama. Dialah permata dalam hidup saya. Bila Mama senyum, hilang 1001 masalah. Datang sejuta ketenangan. Mama selalu pesan, "kakak, kalau keluar pakailah tudung.." tapi saya mesti jawab..."Tak nak...pakai tudung, belum tentu baik Ma.." kadang-kadang saya terfikir, andai masa boleh saya putar..tak nak cakap camtu langsung.

Kenapa saya tak nak bertudung? Untuk saya, saya tak suka orang cakap muka saya bulat cam telur bila pakai tudung. Orang pakai tudung belum tentu baik..lagi satu, saya tak rasa confident bila pakai tudung, orang lelaki akan berminat dengan saya..nanti tak cun laa dowh! .Tersenyum sendiri mengenangkan kejahilan itu. Tapi..sedetik lebih, saya terkenang, sedih..termenung dengan kejahilan diri sendiri. Ah..andai boleh saya putar masa itu...Senang cakap, saya bukan jenis yang kaki clubbing. ..tapi kadang-kadang, nak release tension, pergi jugak. Girls outing night! Mana ada orang pergi clubbing bertudung. Tak sesuai aaaa...Nak pakai seksi tak boleh...apa pun tak boley..!

Lagipun boyfriend masa tu tak berapa suka saya bertudung. Tak boleh dibawa majlis katanya. Pesan saya...kalau ada lelaki yang macam tu, jauh-jauhkanlah diri daripada orang macam itu. Lelaki kan dijadikan Allah untuk memimpin, dan melindungi wanita...masakan lelaki begitu boleh membimbing kita. Tapi, hidayah itu milik Allah. Maka, berdoalah, semoga cinta hati kita itu, diberi hidayah untuk membimbing kita, hamba Allah..dan umat Rasulullah SAW (Ya Rasulullah, saya rasa rindu pada Rasulullah..kebelakangan ini, saya rasa sebak tiap kali saya baca buku tentang tuan dan sahabat-sahabat tuan, khalifah-khalifah Ar-Rasyidin..rindu Ya Rasulullah..rindu sangat)

Tanpa berlengah-lengah, dari April 2010 - saya membeli tudung secara berperingkat. Hati ini nekad nak bertudung. Ah...tiada lagi keraguan dalam hati ini...Okay..senyum dan sarungkan tudung...just like that. Yeah..'atta girl!



3hb Mei 2010
Saya lupa tudung yang mana yang saya pilih untuk disarung. Selesai Subuh, saya pilih tudung express yang baru dibeli. Saya  sarung dan belek-belekkan diri di depan cermin. Belek kiri..belek kanan...teleng kiri..teleng kanan..ah...bolehlah..tak ler bulat sangat macam telur. Dan..saya berdiri tegak..saya tilik sekali lagi. Manis juga!!!. Dan tiba-tiba, ada rasa getar dalam dada...dan ada suara halus berbisik "Wahai hamba Allah, pada hari ini, detik ini..engkau diberi hidayah untuk bertudung..." bisikan Malaikatkah? Atau cuma suara hati?  Air mata tiba-tiba menitik, satu persatu..Ya, hari ini..hidayah untuk bertudung milikku. Diberikan Allah pada saya, yang dipilih hari ini. Wahai Allah, bersyukur aku dengan kebesaranMu. Tiba-tiba, saya teringat hadith Qudsi yang bermaksud "Sesungguhnya kasih sayangKu mengatasi kemurkaanKu"..Ya Rabbi. Indahnya perasaan itu. Tak terucap dengan kata-kata. Tak tergambar dengan perasaan...Ucapan Subhanallah tak berhenti-henti saya lafazkan....

Hari pertama bertudung, tak boleh saya duga..apa reaksi kawan-kawan saua. Sementelah, saya bekerja di satu syarikat MNC yang cuma ada 3 pekerja Melayu. Selebihnya expatriate dan rakan-rakan yang berbangsa Cina dan India. But I have a good feeling that they will accept me as I am. Dengan lafaz Bismillah...saya tolak pintu pejabat, dan I take a first step forward with pride.'Yes, I am a Muslim woman and I am proud that I am wearing my hijab'

Mula-mula yang perasan...seorang officemate Chinese..kami panggil dia "Budak" sbb dia paling bongsu antara ramai-ramai.."Wahhhh...kakak..." katanya. Itu sahaja. Rata-rata, semuanya okay. Bukannya kita duduk di Africa atau sehujung dunia sampai diorang jakun. Ada yang kata lebih kemas...ada yang kata...comel...sweet...and ada juga yang bertanya, kenapa?

Ya, kenapa?

Sehingga kehari ini, saya tiada penjelasan. Cuma yang saya boleh kata, panggilan itu telah sampai.
Saya bersyukur  yang Allah telah membuka pintu hati saya untuk bertudung. Daripada hari ke hari, saya cuba memperbaiki cara saya bertudung..dan pakaian yang dipakai. Begitu juga dengan tingkahlaku saya. Tapi..kadang-kadang saya terover bergurau jugak. Sebab saya memang seorang yang friendly dan ceria. Kalau saya senyap..ramai orang akan tanya saya "Kenapa hari ni senyap, sakit ker?".

Nikmat bertudung tak boleh diceritakan. Rasa terpelihara. If I may say so. Rasa macam lega ...rasa macam..hmmmmmmmmm..legaaaaaaaaaa...dah buat satu yang Allah suruh. Bertudung atau tidak, bukan jaminan baik atau jahat seseorang itu. Betul.! Tapi...jangan jadikan statement itu sebagai satu alasan tidak bertudung. Bertudung itu satu ketetapan dari Allah. Pahalanya juga dari Allah....macam kita pinjam duit dengan bank. Bila kita apply loan, kita sign up...kita ikut T&C loan itu..bayar sekian, kalau lambat denda sekian sekian. Macam tu juga bila kita lahir dalam Islam. Kita kena ikut apa yang Allah tetapkan dalam Al Quran..kerana itu hukum Allah.

Saya mengingatkan diri saya, solat itu wajib..puasa itu wajib..bertudung itu wajib. Maka bertudunglah wahai wanita. Pandang muka ayah, suami, saudara lelaki anda, dan tanya diri anda, sanggupkan anda biarkan mereka ini diheret ke neraka kerana kita. Bertudung itu bagi saya, tanda seorang wanita menyayangi lelaki dan wanita disekeliling mereka.  Bertudunglah dengan yakin, yang kita masih kelihatan cantik bila bertudung. Tiada lelaki yang akan melihat kita dengan pandangan nakal atau penuh dengan nafsu yang membuak-buak. Silap-silap haribulan kita dirogolnya. Ya, berpakaian itu hak anda. Nak pakai skirt or seluar...suka hatilah. Tapi kalau orang usik,orang cakap paha kita besar...betis kita ada RM0.50 parut....kita marah. Kita tidak boleh mengawal orang lain dari memandang kita. Tapi tahukah anda bahawa, ada org berkata...bagaimana dunia memandang kita, tidak penting. Yang penting bagaimana kita mengendalikan dunia yang memandang kita. Contoh, we can't control things that happen in the office..but we can change the way we deal things in the office. Remember, life is about making choice. So make a wise choice..kita nak ker Allah marah kita...or kita nak Allah sayang kita.

Saya sempat bertudung sebulan sebelum Mama saya kembali ke rahmatullah. Dalam sebulan itu, dengan bertudung..saya merasakan perubahan yang positif. Saya nak bersolat dengan sempurna..bukan setakat solat. Tapi saya nak solat saya berkualiti...saya nak amalan yang berkualiti..kalau dulu solat tak kusyuk..sempat ingat bag Coach, LV..tapi sekarang saya nak..solat saya itu lebih bermakna. Saya nak nikmat bersolat. Nikmat melakukan ibadah..saya nak merasakan manisnya perasaan itu usai solat. Tiap kali saya sujud, saya nak ada pengertian dalam sujud saya....bukan sujud kosong...dengan ucapan kosong..tanpa ada "kehidupan" dalam bacaan itu.

Arwah Mama kata, saya nampak ayu manis sekali bila bertudung. Tersenyum saya. Tersenyum kerana arwah Mama sempat melihat saya bertudung tanpa rasa dipaksa. Sedih kerana hanya sebulan dia dapat melihat saya bertudung. Tapi saya tahu, dia bersyukur yang saya sudah berubah..dan perubahan itu, kerana Allah Taala..Tuhan yang empunya dunia dan alam semesta.

Saya memohon maaf, kerana tidak dapat menggambarkan perasaan saya bila bertudung..sebak sekali untuk saya meneruskan tulisan saya. Mungkin bagi setengah orang, ,mereka beranggapan.."Ah..cuma tudung, sehelai kain yang menutupi kepala..apalah sedih sangat"..percayalah, apabila saya mengambil keputusan bertudung, seluruh jiwa ini terasa sedih..Sedih bila saya rasa Allah sedang memberi hadiah kepada saya, dan saya rasa Dia begitu dekat dengan saya. Sangat dekat....Subhanallah..

"Ya Allah, ampunilah aku ini. Aku ini hanya hamba yang penuh dengan dosa. Tapi aku berusaha untuk berubah. Mudahkan perjalanan hijrahku..supaya Engkau redha dengan aku, dan semoga Rasulullah tidak malu mengaku aku sebagai umatnya Ya Rabb"

Jika anda membaca tulisan saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Jangan lupa berdoa untuk saya. Semoga saya ditetapkan hati untuk terus berubah menjadi lebih baik. Lebih daripada itu, saya berdoa semoga anda semua diberikan hidayah dan berubah kearah kebaikan.

Mari menjadi hamba - Hilal Asyraf.



No comments: